Wednesday 2 November 2011

CADANGAN JAWAPAN BMM3117 DAN BMM 3101


No. Kod : BMM 3117                                                                                                                      PMM

BAHAGIAN   B

40 markah


1.    (a)    Nyatakan dua perkara utama yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa mengikut Teori  Pemerolehan Bahasa Mentalis (Chomsky).


         (i)     Competence/ kecekapan -  iaitu  kebolehan membuat rumus-rumus   

                tentang bahasa dan berfungsi untuk menghasilkan ujaran atau ayat.

                                                                                   
 (ii)Performance  -  iaitu penggunaan terhadap apa yang diketahui       
   tentang   bahasa.
             (b)     Tiga ciri-ciri Teori Mentalis

(i)       Penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental

(ii)      Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa

(iii)     Competence dan performance mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahui

(iv)     Bahasa dihuraikan melalui  analisis transformasi-genaratif yang mengandungi struktur dalaman dan struktur luaran

(v)      Kesalahan membentuk rumus tidak dianggap sebagai kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis.

2.     (a)     Garis panduan atau prosedur untuk menjalankan Kaedah Projek.

(i)            Objektif bagi sesuatu projek jelas

(ii)          Penyeliaan perlu untuk menjamin kejayaan

(iii)         Pastikan bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati

(iv)         Memberi peluang kepada murid menilai projek sebagai mana

penilaian guru

(v)          Murid-murid perlu dibantu memilih projek yang bermakna, dari segi matlamat sesuatu pelajaran


          (b)    Tentukan dan klasifikasikan tiga kelemahan Kaedah Projek

(i)             Memakan masa yang panjang

(ii)          Disebabkan pengetahuan yang terhad, murid-murid mungkin

       melakukan kesalahan

(iii)         Bahan dan sumber bagi satu-satu projek adalah terhad

(iv)         Murid-murid mungkin terpesong daripada objektif yang ditetapkan

(v)          Masalah disiplin mungkin timbul sekiranya seseorang guru kurang cekap

                                                  
3.   (a)     Tiga  tujuan pengajaran bahasa Melayu menggunakan

             Kaedah Tatabahasa  Terjemahan

(i)            Bolehkan murid-murid memahami  tatabahasa sesuatu bahasa

(ii)          Melatih murid menulis menggunakan tatabahasa yang betul bagi sesuatu bahasa yang dikuasai/dipelajari

(iii)         Membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke dalam bahasa jati  atau sebaliknya

(iv)         Dapat melengkapkan murid-murid dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan

(v)          Murid-murid berkebolehan membaca dan menterjemah makna bahasa asing kepada bahasa ibunda



   (b) Bagaimanakah cara-cara guru mengaplikasikan Kaedah Tatabahasa Terjemahan      dalam  pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?
(i )   Murid-murid diperkenalkan kapada undang-undang tatabahasa

(ii)   Guru  memberi contoh-contoh tertentu tentang rumus tatabahasa yang  
       dipelajari
(iii)  Murid menghafaz peraturan dan undang-undang tatabahasa dipelajari supaya tidak berlaku kesilapan

(iv)  Murid kemudiannya diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafaz

(v)  Murid diminta membuat ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata berkenaan berdasarkan tatabahasa yang dipelajari
                                                                                         
4.    (a)   Dua tujuan pengajaran bahasa Melayu menggunakan teknik bercerita dalam kalangan murid sekolah rendah

(i)            Menarik minat dan fokus murid terhadap cerita atau isi pelajaran yang  
hendak disampaikan

(ii)          Murid lebih cepat memahami dan pembelajaran dalam keadaan
menyeronokkan

(iii)         Sebagai alat untuk menyampaikan isi pelajaran  dan aspek bahasa yang
ditentukan
(b)Empat langkah  pengajaran yang wajar dilakukan guru dalam persediaan

teknik  bercerita

               (i)  Pilih cerita yang bersesuaian dengan umur dan minat murid

             (ii)   Kaji dan masukkan aspek bahasa yang hendak disampaikan cerita
             (iii)  Hafaz frasa dan ayat-ayat penting yang hendak disampaikan
            (iv)  Membuat latihan bercerita sekurang-kurangnya sekali
                  sebelum aktiviti bercerita dijalankan
           (v )  Guru bercerita dalam keadaan yang selesa, terapkan aspek bahasa yang hendak dan sertakan    dengan gambar, objek sebenar dan lain-lain sebagai alat bantu mengajar.

                                                                        
BAHAGIAN   C

(40 markah)



1.   Empat prinsip pendekatan komunikatif dan contoh yang sesuai untuk diaplikasikan oleh guru dalam kalangan murid Tahun Enam Gemilang (murid cerdas).                                    

        Empat prinsip pendekatan komunikatif ialah;

1.    Murid-murid harus mengenal dan mengetahui tujuan dan objektif semua  latihan serta aktiviti yang melibatkan mereka. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa boleh dibahagikan  kepada komponen-komponen kecil dan komponen-komponen kecil ini boleh diajar secara berasingan. Contoh, menyambung kesudahan cerita dengan gaya dan bahasa sendiri secara spontan.

2.    Matlamat pendekatan ini untuk memperolehi kecekapan berkomunikasi dan diajar berfokuskan komunikasi sebenar. Untuk menggalakan aktiviti komunikasi;  jurang maklumat perlu dihapuskan, memilih idea yang hendak dihasilkan dan maklum balas daripada penutur. Aktiviti komunikatif perlu dipelbagaikan dan konteks situasi tertentu hendaklah diwujudkan secara aktif. Contoh aktiviti temu bual secara bersemuka.
3.    Struktur bahasa sangat penting dalam komunikasi. Kesilapan struktur perlu dibetulkan tetapi harus dilakukan secara berperingkat. Sesuatu aktiviti yang dilaksanakan haruslah bermakna.dan boleh menimbulkan keinginan untuk berkomunikasi. Contoh, berdialog secara spontan dengan rakan atau kumpulan berdasarkan tajuk ditentukan.

4.     Sesuatu aktiviti komunikatif perlu dilaksanakan oleh murid  tanpa campur tangan guru dan murid bebas menggunakan bahasa sendiri. Tugasan diberikan kepada murid dan diselesaikan secara terbaik berdasarkan maklumat yang diperolehi. Contoh, mencipta dan mendeklamasikan puisi secara berpasangan menggunakan bahasa dan gaya sendiri.
No. Kod : BMM 3117                                                                                                                     


2.     ( i )  Kemahiran Belajar Cara Belajar ialah suatu proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak dan perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam kehidupan atau peperiksaan. Melatih murid mendapat maklumat tambahan sejajar dengan matlamat pendidikan pembelajaran seumur hidup. Murid menggunakan pengetahuan, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
       (ii)    Mana-mana empat kemahiran belajar cara belajar 
1.    Mencatat nota

2.    Mendengar aktif

3.    Membuat rujukan

4.    Kemahiran mengingat

5.    Mempersembah maklumat

6.    Membaca dan memperoleh maklumat

7.    Memproses maklumat daripada pelbagai sumber

8.    Kemahiran balajar lain yang sesuai


-          Contoh aktiviti pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu
1.    Membaca dan memperoleh maklumat

- Aktiviti dalam tiga langkah menggunakan teknik-teknik tertentu untuk mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam petikan yang dibaca, contohnya SQ3R, KWLH. Soalan Apa, Siapa, Mengapa, Di mana,
2.    Membaca pantas

-  Aktiviti dalam tiga langkah bacaan imbasan atau luncuran untuk memperoleh maklumat dengan pantas. Contohnya bacaan luncuran untuk mengenal pasti idea keseluruhan bahan atau membaca pantas secara imbasan glosori, bibliografi, kamus untuk mendapat maklumat khusus.

3.    Kemahiran mencatat nota

- Aktiviti dalam tiga langkah untuk mencatat nota menggunakan rajah tulang ikan, grafik membanding dan membezakan dan pemetaan minda.
4.    Kemahiran belajar cara belajar dan pengintegrasian lain yang sesuai.

Huraiankan

2     Empat langkah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera berdasarkan butiran persediaan mengajar yang disediakan di atas.

            Langkah 1

-     Guru memperdengarkan bacaan sajak ‘Nelayan Tua’ dan meminta murid mendengar dengan teliti.

-     Guru meminta murid membaca sajak dengan nada dan intonasi yang

    sesuai
Langkah 2
-     Guru berbincang dengan murid tentang maksud sajak (makna perkataan dan rangkai kata)

-     Guru meminta murid mencatat isi-isi penting berdasarkan sajak

            Langkah 3

                  -     Secara kumpulan guru meminta murid melaksanakan aktiviti  MESTAMU

                  -      Murid mempersembahkan MESTAMU mengikut kumpulan
            Langkah 4

                  -      Guru meminta murid menulis puisi (sajak) bertajuk ‘ Kampung Nelayan’  

                     menggunakan  teknik ‘PERMATA’

                  -     Guru berbincang dengan murid tentang perkataan dan rangkai kata yang

                     berkaitan dengan tajuk



                                


Soalan BMM3101



OBJEKTIF

Penyataan yang tepat mengenai kemahiran menulis ialah...

A. keupayaan murid membina ayat dan dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

 B. aktiviti menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

 C. keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

 D. keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan pelbagai idea dalam pelbagai situasi.

SOALAN STRUKTUR 1

  1. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan Kemahiran Bahasa yang disokong oleh peraturan dalam Sistem Bahasa dan elemen Pengisian Kurikulum.
    1. Senaraikan empat Kemahiran Bahasa yang terkandung dalam Sukatan      

Pelajaran  Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

                                                                                                                   (4 markah)


Jawapan :

Empat Kemahiran Bahasa yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran  Bahasa Melayu Sekolah Rendah ialah :

1) Mendengar

2) Bertutur

3) Membaca

4) Menulis


           b. Nyatakan tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengajar kemahiran

               Mendengar dan Bertutur sebagaimana yang digariskan dalam Hasil  

               Pembelajaran  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR.

                                                                                                                  (6 markah)

Jawapan :

tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengajar kemahiran Mendengar dan Bertutur sebagaimana yang digariskan dalam Hasil Pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR.

Aktiviti 1 :  
Kemahiran Mengecam  dan Mengenal Bunyi
Aktiviti: Mengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi hujan,guruh, ombak, tiupan angin, bunyi binatang, dan kenderaan.
Aktiviti 2 :
 Kemahiran Membuat Inferens
Aktiviti: Menerangkan sebab musabab kejadian sesuatu perkara. Misalnya menjelaskan mengapa seseorang itu malas?
Aktiviti 3
   Membuat penilaian

Aktiviti: Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengari atau dibincangkan
SOALAN ESEI 1


Konsep '5P' adalah strategi pengajaran dan pembelajaran bersepadu Bahasa Melayu pada peringkat sekolah rendah.  Konsep '5P' menekankan aspek penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan, dan penilaian.

Huraikan dengan jelas kelima-lima konsep yang dinyatakan di atas.



                                                                                                         (20 markah)
Jawapan

Konsep 5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Kelima – lima elemen adalah sangat penting dan amat di tekankan penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menyeronokkan. Di dalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu, konsep 5P digunakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ini adalah untuk memudahkan para guru di dalam melaksanakan tugas dan juga memastikan murid – murid terus bertambah mahir dan sekaligus menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.
Penggabungjalinan adalah bertujuan untuk menbantu guru memastikan murid menguasai beberapa kemahiran secara serentak. Secara tidak langsung ini juga membolehkan guru untuk menjadikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui penggabungjalinan juga, guru boleh mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti dan melibatkan lebih ramai pelajar. Penggabungjalinan di dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai bentuk,antaranya adalah pengabungjalinan sekurang- kurangnya dua kemahiran bahasa melayu sendiri atau dengan kemahiran mata pelajaran yang lain. Contohnya adalah membaca kuat teks dan seterusnya menulis isi – isi penting yang terkandung di dalam teks tersebut.
Penyerapan pula adalah bertujuan untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulum di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan adalah proses di mana ilmu,nilai,kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah di serapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk penyerapan adalah seperti penyerapan isi mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,penyerapan nilai – nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat
Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan yang terakhir sekali penyerapan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir,kemahiran belajar cara belajar,kajian masa depan,kemahiran teknologi dan komunikasi,kecerdasan pelbagai,konstruktivisme, dan kontekstual. Penyerapan di lakukan secara terancang oleh guru dan diserap oleh murid – murid secara tidak langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh penyerapan adalah seperti semasa aktiviti membaca teks mengenai anatomi serangga , guru pasti akan meletakkan beberapa istilah sains ke dalam  teks tersebut untuk di serapkan ke dalam minda pelajar.
Pengayaan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran asas di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti pengayaan boleh di lakukan sama ada di luar atau di dalam kelas. Aktiviti pengayaan juga mengandungi unsur – unsur seperti meluaskan dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan, pengalaman  dan kemahiran yang sedang di pelajari. Aktiviti pengayaan adalah berbentuk bebas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan minat,kreativiti,sikap ingin tahu,sikap  berdikari,bakat kepimpinan serta melatih murid membuat keputusan untuk diri,masyarakat dan kumpulan. Contoh aktiviti pengayaan adalah murid di minta menulis sebuah cerita dengan menggunakan perkataan – perkataan yang di sediakan.

Pemulihan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang lemah dan lembab. Pemulihan lebih berfokus kepada proses membantu murid memperbaiki kelemahan mereka di dalam pembelajaran,khususnya di dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh itu aktiviti yang boleh di lakukan di dalam pemulihan adalah sangat terbatas dan lebih khusus. Contoh aktiviti pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di dalam petikan dengan menggunakan perkataan – perkataan yang disediakan.
Yang terakhir sekali adalah penilaian iaitu proses yang  sistematik yang digunakan  untuk mendapatkan maklumat yang penting bagi menilai tahap pencapaian dan prestasi murid.  Ianya juga bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran yang di rancang guru tercapai. Penilaian juga di anggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran  kerana penilaian boleh dilakukan oleh seseorang guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan maklumat perkembangan prestasi dan pencapaian murid sentiasa dapat di pantau,penilaian haruslah di lakukan secara berterusan.
Terdapat 2 bentuk penilaian yang boleh dijalankan oleh guru iaitu penilaian secara formatif dan sumatif. Hasil dapatan daripada penilaian tersebut guru  boleh memastikan jenis tindakan susulan sama ada memberi aktiviti pemulihan atau pengayaan kepada pelajar bersesuaian berpandukan keputusan penilaian pelajar tersebut.