No.
Kod : BMM 3117 PMM
BAHAGIAN B
40
markah
1.
(a) Nyatakan dua perkara utama yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa
mengikut Teori Pemerolehan Bahasa
Mentalis (Chomsky).
(i)
Competence/ kecekapan - iaitu
kebolehan membuat rumus-rumus
tentang bahasa dan berfungsi
untuk menghasilkan ujaran atau ayat.
(ii)Performance -
iaitu penggunaan terhadap apa yang diketahui
tentang bahasa.
(b) Tiga ciri-ciri Teori Mentalis
(i) Penguasaan
bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental
(ii) Manusia
secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa
(iii) Competence dan performance mempunyai
daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahui
(iv) Bahasa
dihuraikan melalui analisis
transformasi-genaratif yang mengandungi struktur dalaman dan struktur luaran
(v) Kesalahan
membentuk rumus tidak dianggap sebagai kegagalan sebaliknya sebagai percubaan
hipotesis.
2. (a)
Garis panduan atau prosedur untuk menjalankan Kaedah Projek.
(i)
Objektif bagi sesuatu projek jelas
(ii)
Penyeliaan perlu untuk menjamin kejayaan
(iii)
Pastikan bahan-bahan yang diperlukan mudah
didapati
(iv)
Memberi peluang kepada murid menilai projek
sebagai mana
penilaian guru
(v)
Murid-murid perlu dibantu memilih projek yang
bermakna, dari segi matlamat sesuatu pelajaran
(b)
Tentukan dan klasifikasikan tiga kelemahan
Kaedah Projek
(i)
Memakan masa yang panjang
(ii)
Disebabkan pengetahuan yang terhad,
murid-murid mungkin
melakukan kesalahan
(iii)
Bahan dan sumber bagi satu-satu projek adalah
terhad
(iv)
Murid-murid mungkin terpesong daripada
objektif yang ditetapkan
(v)
Masalah disiplin mungkin timbul sekiranya
seseorang guru kurang cekap
3. (a)
Tiga tujuan pengajaran bahasa
Melayu menggunakan
Kaedah Tatabahasa Terjemahan
(i)
Bolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa
(ii)
Melatih murid menulis menggunakan tatabahasa
yang betul bagi sesuatu bahasa yang dikuasai/dipelajari
(iii)
Membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa
asing ke dalam bahasa jati atau
sebaliknya
(iv)
Dapat melengkapkan murid-murid dengan
perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan
(v)
Murid-murid berkebolehan membaca dan
menterjemah makna bahasa asing kepada bahasa ibunda
(b) Bagaimanakah cara-cara guru
mengaplikasikan Kaedah Tatabahasa Terjemahan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?
(i
) Murid-murid diperkenalkan kapada
undang-undang tatabahasa
(ii) Guru
memberi contoh-contoh tertentu tentang rumus tatabahasa yang
dipelajari
(iii) Murid menghafaz peraturan dan undang-undang
tatabahasa dipelajari supaya tidak berlaku kesilapan
(iv) Murid kemudiannya diberi senarai
perbendaharaan kata yang perlu dihafaz
(v) Murid diminta membuat ayat dengan menggunakan
senarai perbendaharaan kata berkenaan berdasarkan tatabahasa yang dipelajari
4. (a)
Dua tujuan pengajaran bahasa
Melayu menggunakan teknik bercerita dalam kalangan murid sekolah rendah
(i)
Menarik minat dan fokus murid terhadap cerita
atau isi pelajaran yang
hendak
disampaikan
(ii)
Murid lebih cepat memahami dan pembelajaran
dalam keadaan
menyeronokkan
(iii)
Sebagai alat untuk menyampaikan isi
pelajaran dan aspek bahasa yang
ditentukan
(b)Empat
langkah pengajaran yang wajar dilakukan
guru dalam persediaan
teknik bercerita
(i) Pilih cerita yang bersesuaian dengan umur dan
minat murid
(ii) Kaji dan masukkan aspek bahasa yang hendak
disampaikan cerita
(iii) Hafaz frasa dan ayat-ayat penting yang hendak
disampaikan
(iv) Membuat latihan bercerita sekurang-kurangnya
sekali
sebelum aktiviti bercerita
dijalankan
(v ) Guru bercerita dalam keadaan
yang selesa, terapkan aspek bahasa yang hendak dan sertakan dengan gambar, objek sebenar dan lain-lain
sebagai alat bantu mengajar.
BAHAGIAN C
(40
markah)
1. Empat
prinsip pendekatan komunikatif dan contoh yang sesuai untuk diaplikasikan oleh
guru dalam kalangan murid Tahun Enam Gemilang (murid cerdas).
Empat
prinsip pendekatan komunikatif ialah;
1.
Murid-murid
harus mengenal dan mengetahui tujuan dan objektif semua latihan serta aktiviti yang melibatkan
mereka. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa boleh dibahagikan kepada komponen-komponen kecil dan
komponen-komponen kecil ini boleh diajar secara berasingan. Contoh, menyambung
kesudahan cerita dengan gaya dan bahasa sendiri secara spontan.
2.
Matlamat
pendekatan ini untuk memperolehi kecekapan berkomunikasi dan diajar berfokuskan
komunikasi sebenar. Untuk menggalakan aktiviti komunikasi; jurang maklumat perlu dihapuskan, memilih
idea yang hendak dihasilkan dan maklum balas daripada penutur. Aktiviti
komunikatif perlu dipelbagaikan dan konteks situasi tertentu hendaklah
diwujudkan secara aktif. Contoh aktiviti temu bual secara bersemuka.
3.
Struktur
bahasa sangat penting dalam komunikasi. Kesilapan struktur perlu dibetulkan
tetapi harus dilakukan secara berperingkat. Sesuatu aktiviti yang dilaksanakan
haruslah bermakna.dan boleh menimbulkan keinginan untuk berkomunikasi. Contoh,
berdialog secara spontan dengan rakan atau kumpulan berdasarkan tajuk
ditentukan.
4.
Sesuatu aktiviti komunikatif perlu
dilaksanakan oleh murid tanpa campur
tangan guru dan murid bebas menggunakan bahasa sendiri. Tugasan diberikan
kepada murid dan diselesaikan secara terbaik berdasarkan maklumat yang
diperolehi. Contoh, mencipta dan mendeklamasikan puisi secara berpasangan
menggunakan bahasa dan gaya sendiri.
No.
Kod : BMM 3117
2.
( i )
Kemahiran Belajar Cara Belajar ialah suatu proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak dan perlu
dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam kehidupan atau
peperiksaan. Melatih murid mendapat maklumat tambahan sejajar dengan matlamat
pendidikan pembelajaran seumur hidup. Murid menggunakan pengetahuan, rakan dan
bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
(ii)
Mana-mana empat kemahiran
belajar cara belajar
1.
Mencatat
nota
2.
Mendengar
aktif
3.
Membuat
rujukan
4.
Kemahiran
mengingat
5.
Mempersembah
maklumat
6.
Membaca
dan memperoleh maklumat
7.
Memproses
maklumat daripada pelbagai sumber
8.
Kemahiran
balajar lain yang sesuai
-
Contoh aktiviti
pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa Melayu
1. Membaca dan memperoleh maklumat
- Aktiviti dalam tiga langkah menggunakan
teknik-teknik tertentu untuk mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam
petikan yang dibaca, contohnya SQ3R, KWLH. Soalan Apa, Siapa, Mengapa, Di mana,
2. Membaca pantas
-
Aktiviti dalam tiga langkah bacaan imbasan atau luncuran untuk
memperoleh maklumat dengan pantas. Contohnya bacaan luncuran untuk mengenal
pasti idea keseluruhan bahan atau membaca pantas secara imbasan glosori, bibliografi,
kamus untuk mendapat maklumat khusus.
3. Kemahiran mencatat nota
- Aktiviti dalam tiga langkah untuk mencatat
nota menggunakan rajah tulang ikan, grafik membanding dan membezakan dan
pemetaan minda.
4. Kemahiran belajar cara belajar dan pengintegrasian lain
yang sesuai.
Huraiankan
2
Empat
langkah
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera berdasarkan
butiran persediaan mengajar yang disediakan di atas.
Langkah
1
- Guru memperdengarkan bacaan sajak ‘Nelayan Tua’ dan meminta
murid mendengar dengan teliti.
- Guru
meminta murid membaca sajak dengan nada dan intonasi yang
sesuai
Langkah 2
- Guru
berbincang dengan murid tentang maksud sajak (makna perkataan dan rangkai kata)
- Guru meminta
murid mencatat isi-isi penting berdasarkan sajak
Langkah 3
- Secara kumpulan guru meminta murid
melaksanakan aktiviti MESTAMU
- Murid mempersembahkan MESTAMU mengikut
kumpulan
Langkah 4
- Guru meminta murid menulis puisi (sajak)
bertajuk ‘ Kampung Nelayan’
menggunakan teknik ‘PERMATA’
- Guru berbincang dengan murid tentang
perkataan dan rangkai kata yang
berkaitan dengan tajuk
Soalan BMM3101
OBJEKTIF
Penyataan yang tepat mengenai
kemahiran menulis ialah...
A. keupayaan murid membina ayat dan dapat mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan.
B. aktiviti menulis perkataan dan membina ayat
serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
C. keupayaan murid menulis perkataan dan membina
ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
D. keupayaan murid menulis perkataan dan membina
ayat serta dapat mengeluarkan pelbagai idea dalam pelbagai situasi.
SOALAN
STRUKTUR 1
- Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan Kemahiran Bahasa yang disokong oleh peraturan dalam Sistem Bahasa dan elemen Pengisian Kurikulum.
- Senaraikan
empat Kemahiran Bahasa yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
(4 markah)
Jawapan :
Empat Kemahiran Bahasa yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ialah
:
1) Mendengar
2) Bertutur
3) Membaca
4) Menulis
b. Nyatakan tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengajar
kemahiran
Mendengar dan Bertutur sebagaimana yang digariskan dalam Hasil
Pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR.
(6 markah)
Jawapan :
tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengajar
kemahiran Mendengar dan Bertutur sebagaimana yang digariskan dalam Hasil
Pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR.
Aktiviti 1 :
Kemahiran Mengecam dan
Mengenal Bunyi
Aktiviti: Mengenal bunyi-bunyi alam
seperti bunyi hujan,guruh, ombak, tiupan angin, bunyi binatang, dan kenderaan.
Aktiviti 2 :
Kemahiran Membuat Inferens
Aktiviti: Menerangkan sebab musabab
kejadian sesuatu perkara. Misalnya menjelaskan mengapa seseorang itu malas?
Aktiviti 3
Membuat penilaian
Aktiviti: Memberi pandangan atau
pendapat tentang sesuatu perkara yang didengari atau dibincangkan
SOALAN
ESEI 1
Konsep '5P' adalah strategi
pengajaran dan pembelajaran bersepadu Bahasa Melayu pada peringkat sekolah
rendah. Konsep '5P' menekankan aspek penggabungjalinan, penyerapan,
pemulihan, pengayaan, dan penilaian.
Huraikan dengan jelas kelima-lima
konsep yang dinyatakan di atas.
(20 markah)
Jawapan
Konsep
5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan,
pemulihan dan penilaian. Kelima – lima elemen adalah sangat penting dan amat di
tekankan penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru merangka strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menyeronokkan. Di
dalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu, konsep 5P digunakan bermula dari Tahun
1 sehingga Tahun 6. Ini adalah untuk memudahkan para guru di dalam melaksanakan
tugas dan juga memastikan murid – murid terus bertambah mahir dan sekaligus
menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.
Penggabungjalinan
adalah bertujuan untuk menbantu guru memastikan murid menguasai beberapa
kemahiran secara serentak. Secara tidak langsung ini juga membolehkan guru
untuk menjadikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui penggabungjalinan
juga, guru boleh mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti dan melibatkan lebih
ramai pelajar. Penggabungjalinan di dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai
bentuk,antaranya adalah pengabungjalinan sekurang- kurangnya dua kemahiran
bahasa melayu sendiri atau dengan kemahiran mata pelajaran yang lain. Contohnya
adalah membaca kuat teks dan seterusnya menulis isi – isi penting yang
terkandung di dalam teks tersebut.
Penyerapan
pula adalah bertujuan untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulum di dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan adalah proses di mana ilmu,nilai,kewarganegaraan,peraturan
sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah di serapkan di dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk penyerapan adalah seperti penyerapan isi
mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,penyerapan nilai –
nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat
Malaysia
yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan yang terakhir
sekali penyerapan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran
berfikir,kemahiran belajar cara belajar,kajian masa depan,kemahiran teknologi
dan komunikasi,kecerdasan pelbagai,konstruktivisme, dan kontekstual. Penyerapan
di lakukan secara terancang oleh guru dan diserap oleh murid – murid secara
tidak langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh penyerapan
adalah seperti semasa aktiviti membaca teks mengenai anatomi serangga , guru
pasti akan meletakkan beberapa istilah sains ke dalam teks tersebut untuk di serapkan ke dalam
minda pelajar.
Pengayaan
pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid
yang mempunyai tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran
asas di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti pengayaan boleh di lakukan
sama ada di luar atau di dalam kelas. Aktiviti pengayaan juga mengandungi unsur
– unsur seperti meluaskan dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang sedang di pelajari.
Aktiviti pengayaan adalah berbentuk bebas untuk memberi peluang kepada pelajar
untuk memperkembangkan minat,kreativiti,sikap ingin tahu,sikap berdikari,bakat kepimpinan serta melatih
murid membuat keputusan untuk diri,masyarakat dan kumpulan. Contoh aktiviti
pengayaan adalah murid di minta menulis sebuah cerita dengan menggunakan
perkataan – perkataan yang di sediakan.
Pemulihan
pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid
yang mempunyai tahap kemampuan yang lemah dan lembab. Pemulihan lebih berfokus
kepada proses membantu murid memperbaiki kelemahan mereka di dalam
pembelajaran,khususnya di dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh itu aktiviti yang
boleh di lakukan di dalam pemulihan adalah sangat terbatas dan lebih khusus.
Contoh aktiviti pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di dalam petikan
dengan menggunakan perkataan – perkataan yang disediakan.
Yang
terakhir sekali adalah penilaian iaitu proses yang sistematik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang penting bagi
menilai tahap pencapaian dan prestasi murid.
Ianya juga bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif pengajaran dan
pembelajaran yang di rancang guru tercapai. Penilaian juga di anggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran kerana penilaian boleh dilakukan oleh
seseorang guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi
memastikan maklumat perkembangan prestasi dan pencapaian murid sentiasa dapat
di pantau,penilaian haruslah di lakukan secara berterusan.
Terdapat
2 bentuk penilaian yang boleh dijalankan oleh guru iaitu penilaian secara
formatif dan sumatif. Hasil dapatan daripada penilaian tersebut guru boleh memastikan jenis tindakan susulan sama
ada memberi aktiviti pemulihan atau pengayaan kepada pelajar bersesuaian
berpandukan keputusan penilaian pelajar tersebut.
No comments:
Post a Comment