Saturday, 29 October 2011

STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


Apakah kaedah pengajaran ?.

Setiap orang  guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa mengajar dalam bilik darjah. Kaedah  merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu .

Teknik pula  merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran.

Mengajar  bahasa  merupakan satu  amali .Sebagai tugas amali pengajaran  

            i ) Dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk

               melaksanakannya .

            ii) Dengan  cara menggunakan satu set prinsip umum bagi

               melaksanakan tugas tersebut.

Oleh itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang  guru bahasa yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan –peraturan atau resipi.

Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan..

Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang pelajar  belajar bahasa ataupun  guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal tentang cara mengajar bahasa .

Dalam pengajaran bahasa terdapat  empat pendekatan pengajaran iaitu :

·         Pendekatan Deduktif

·         Pendekatan  Induktif

·         Pendekatan Elektif

·         Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan pengajaran  ini  mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun  peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya  memulakan pengajaran bahasa  mereka dengan  huraian  undang-undang bahasa  yang hendak diajar sebelum  memberi contoh-contoh penggunaannya.

Contohnya ,apabila seseorang  guru mengajar  ayat tunggal , guru  akan memberi  takrif ayat tersebut sebelum   menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

Pendekatan  Induktif

Pendekatan ini pula  mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.

Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian  berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid  supaya  sampai  kepada  takrif ayat tunggal.

Pendekatan  Eklektif

Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai  kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk  menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah  merangkumi  kecekapan bahasa yakni penguasaan  system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan  yang pertama membolehkan seseorang murid  menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej  kepada khayalaknya . Kecekapan  yang kedua membolehkan murid tersebut  menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

Pengajaran  dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur  bahasa yang tepat  dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .

Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid  akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran  ini lebih berpusatkan murid daripada guru.


Soalan :
Cuba  banding dan bezakan  pendekatan deduktif, induktif,eklektif dan komunikatif.
Beri contoh-contoh tatabahasa dengan menggunakan pendekatan tersebut.


KAEDAH  PENGAJARAN BAHASA

Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah pengajaran . Di antaranya ialah

·         kaedah Nahu –Terjemahan/ traditional

·         kaedah membaca

·         kaedah Terus

·         kaedah fonetik/linguistic

·         Kaedah Eklektif

·         Kaedah Audio-Lingual

Kaedah  Nahu Terjemahan

Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga  melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.

3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.

Teknik Mengajar

1 ) Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang  nahu dahulu.Guru memberi penerangan kepada pelajar  mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.


2 ) Pelajar-pelajar diberi  senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua.Pelajar –pelajar kemudianya disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari.

Dalam pembelajaran bahasa  kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya.
Sifat-sifatnya

1 ) Kaedah ini bersifat deduktif

2 ) Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan.


Kaedah  Bacaan

Kaedah bacaan ini  merupakan satu  “ short cut “ untuk penguasaan  bahasa.

Tujuan

1     ) Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.

2     ) Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.

Teknik Mengajar


1 ) Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca bersendirian. Pelajar-pelajar  dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul  dan menggunakan pola-pola pertuturan yang simple.



3     ) Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca.

4     Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman  teks.

5     Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif tidak diutamakan.

6     Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system  bunyi bahasa yang dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan rangkaikata  simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan.

Kelemahan

1 ) Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca.

2 ) Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti.Pelajar-pelajar  mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami  apa yang dibaca .

3 ) Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak  dapat membaca serta  memahami bahan bacaan lain.ataupun menghasilkan  pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Kaedah  Terus

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah  tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.

Tujuan


1 ) Membolehkan pelajar-pelajar  menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan.

Teknik Mengajar

1 ) Pelajaran  bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar it uterus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan system bunyi bahasa itu. Sebutan  penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung.

2) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.



3) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat .


4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.

Sifat-sifat


1     Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur.

2     Pellajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan langsung.

3     Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi  kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa.


Kelemahan-kelemahan

1 ) Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-murid  telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa  kedua atau bahasa asing

2 ) Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama, ia  mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar.

3 )Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik.

Kaedah  Kod  Kognitif


J. B . Carroll  berpendapat  kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan.

       Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam  bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat.



    Pada  umumnya Diller ( 1971 )  berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian  berikut terhadap bahasa :



1     )  Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan.

2     Boleh digunakan untuk berfikir.

3     Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.

4     Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.


Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa ( khusus bahasa kedua )



·         Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar.

·         Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan .

·         Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.

·         Setelah pelajar  dapat  menguasai struktur bahasa  pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatic.

Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid –murid memahami rumus-rumus tatabahasa.Ayat –ayat pecahan  digunakan dan huraian unsure-unsur tatabahasa pula  dibuat secara deduktif.

Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsure-unsur tatabahasa  sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat  digunakan untuk  memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar . Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat  yang mengandungi imbuhan  akhiran – kan  dan  - i  bagi  membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif. Setelah  murid-murid  memahami huraian unsure-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan peneguhan.

    Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru  tentang konsep-konsep yang diajar.


   Hakikat yang dinyatakan di atas memberi  gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula  adalah secara  deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa  pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa.

Kaedah  Oral –Aural ( Dengar –tutur
     Kaedah  oral-aural  atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara  ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.Dialog dianggap realistic dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog  dijalankan secara realistic dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya ,lebih –lebih lagi jika  gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.

            Alat pandang –dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistic, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi.Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu aalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi  juga kepada gunanya.

            Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari , dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.


            Tujuan  Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )

Objektif  pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaiitu : mendengar , bertutur,membaca dan menulis. Tetapi  dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya  dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan  tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.


Kaedah  Komunikatif


1)         Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur  kaedah ini berpegang  kepada  beberapa  prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah  berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan  proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa )  serta kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan )



2)            Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai  makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa  pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka  dapat berlatih menggunakan struktur  bahasa yang diajar.

3)            Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa dalam teks dan wacana .

4)            Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan  aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur tatabahasa yang dilatih tubi.

5)            Kesilapan  bahasa selalunya bukanlah  kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan  untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks.

6)            Aktiviti komunikasi  merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti ini ,pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru.Tiap-tiap tugas yang dirancangkan  ini memerlukan pellajar-pelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih dalam  praaktiviti  untuk berinteraksi dalam kontkes social yang diberi.

7)            Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa dalam praakktiviti.

8)            Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa)  tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam  satu aktiviti pengajaran.Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru.Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat untuk belajar.Walau bagaimanapun , guru yang menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.




Soalan :
Berdasarkan kaedah  komunikatif bincangkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dapat dipraktikkan berpandukan kaedah ini.
Jelaskan kekuatan kaedah ini berbandingankan dengan kaedah dengar-tutur.





TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN

            Teknik adalah  satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku  pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran  bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana  guru dapat memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.



            Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan  oleh guru-guru dalam pengajaran mereka.


1 ) TEKNIK BERSOAL JAWAB


            Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.



            Teknik ini dilaksanakan  dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan  menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan  guru merancang soalan-soalan dan mencetuskan  secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar.



Soalan:
Cuba beri contoh soalan yang boleh dikemukan kepada pelajar menggunakan teknik bersoal jawab dalam bilik darjah .




2 )        TEKNIK MAIN PERANAN



            Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil peranan’  atau ‘ sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.



            Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya.






Aktiviti :
Cuba  fikir  beberapa contoh aktiviti main peranan yang boleh dilaksanakan dalam  bilik darjah oleh para pelajar .





3 )        TEKNIK MENGHAFAZ  DAN  LATIH TUBI



            Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali.



Teknik menghafaz biasanya memerlukan  empat langkah berikut :



            ( a ) Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta                              

                   Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.

                       





            ( b )   Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih

                     berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan   

                     pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.





            ( c )    Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya

                      orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan

                       yang mungkin berlaku.



            ( d )     Mengingtkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat

                      terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan

                       secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia

                       menjadi lebih kekal.







Latih tubi  ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf  penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.



            Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz  ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasab berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan  dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru  harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.





Soalan :
i) Bandingkan dan bezakan  teknik menghafaz dengan teknik latih tubi
ii ) Beri contoh –contoh aktiviti-aktiiviti latih tubi dalam bilik darjah.












4 )        TEKNIK PENYELESAIAN  MASALAH



            Teknik penyelesaian  masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan  bawah penyeliaan  guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu :



( a )     Kenal  masalah

           

            Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah

            dan  selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam 

            situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal masalah melalui

            perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan yang dapat

            dikaji sebagai masalah. Sewaktu  proses mengenal masalah ini

            dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

            bebas tanpa banyak sekatan .




No comments:

Post a Comment