Saturday 29 October 2011
KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1.1 PENGENALAN
1.1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
1.1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.( Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.
1.2 KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini
merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada
cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara
cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh
mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian
sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah
(Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff,2003).
1.2.1 MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.
1.2.2 OBJEKTIF
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
1. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
v Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
v Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
v Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
v Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
v Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
v Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
v Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
v Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
v Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
v Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid (Roselan Baki,2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.
1.2.1 MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.
1.2.2 OBJEKTIF
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
1. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
v Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
v Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
v Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
v Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
v Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
v Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
v Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
v Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
v Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
v Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid (Roselan Baki,2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.
STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
Apakah
kaedah pengajaran ?.
Setiap
orang guru mesti tahu apakah kaedah
hendak digunakan semasa mengajar dalam bilik darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk
melalui pendekatan pengajaran yang tertentu .
Teknik
pula merupakan cara-cara mengajar yang
khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran.
Mengajar bahasa
merupakan satu amali .Sebagai
tugas amali pengajaran
i ) Dengan cara mengikut prosedur
yang lengkap tentang tatacara untuk
melaksanakannya .
ii) Dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi
melaksanakan tugas tersebut.
Oleh
itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang baik tidak melaksanakan
tugasnya berasaskan peraturan –peraturan atau resipi.
Guru
tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan
tugasnya berasaskan peraturan-peraturan..
Dengan
perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi
apabila seseorang pelajar belajar bahasa
ataupun guru tersebut mempunyai satu
teori tidak formal tentang cara mengajar bahasa .
Dalam pengajaran bahasa
terdapat empat pendekatan pengajaran
iaitu :
·
Pendekatan
Deduktif
·
Pendekatan Induktif
·
Pendekatan
Elektif
·
Pendekatan
Komunikatif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan
pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang
ataupun peraturan bahasa daripada
penggunaan bahasa . Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan
huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.
Contohnya
,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi
takrif ayat tersebut sebelum
menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .
Pendekatan Induktif
Pendekatan
ini pula mengutamakan contoh penggunaan
bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan
memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru
menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.
Contohnya
,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya
dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru
akan memandu murid-murid supaya sampai
kepada takrif ayat tunggal.
Pendekatan Eklektif
Pendekatan
ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu
strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi
contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini
ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk
sampai kepada undang-undang bahasa.
Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam
konteks yang hampir sama .
Sebaliknya
guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang
berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi
contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang
itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan
ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi
kecekapan bahasa yakni penguasaan
system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi
menyampaikan mesej kepada khayalaknya .
Kecekapan yang kedua membolehkan murid
tersebut menggunakan bahasa yang sesuai
dengan khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan
struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi
yang dipilih oleh guru .
Pendekatan
induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti
berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur
ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran
ini lebih berpusatkan murid daripada guru.
Soalan
:
Beri
contoh-contoh tatabahasa dengan menggunakan pendekatan tersebut.
|
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA
Pendekatan
pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah pengajaran . Di
antaranya ialah
·
kaedah
Nahu –Terjemahan/ traditional
·
kaedah
membaca
·
kaedah
Terus
·
kaedah
fonetik/linguistic
·
Kaedah
Eklektif
·
Kaedah
Audio-Lingual
Kaedah Nahu Terjemahan
Tujuan
kaedah Nahu Terjemahan :
1
) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa
yang betul.
2
) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya.
3
) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat
digunakan dalam penulisan.
4)
Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang
dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan
yang dibaca.
Teknik Mengajar
1
) Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru memberi penerangan kepada
pelajar mengenai undang-undang ini dan
kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.
2
) Pelajar-pelajar diberi senarai
perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai
perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua.Pelajar –pelajar
kemudianya disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan
kata itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari.
Dalam
pembelajaran bahasa kedua asing
pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa
asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya.
Sifat-sifatnya
1
) Kaedah ini bersifat deduktif
2 ) Kaedah ini lebih mementingkan
bahasa tulisan daripada bahasa lisan.
Kaedah Bacaan
Kaedah
bacaan ini merupakan satu “ short cut “ untuk penguasaan bahasa.
Tujuan
1 ) Untuk memperkembangkan kebolehan
mereka membaca.
2 ) Membolehkan pelajar mempelajari
bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.
Teknik Mengajar
1 ) Guru cuba menggunakan cara yang paling
berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca bersendirian.
Pelajar-pelajar dilatih menyebut
sebutan-sebutan dengan betul dan
menggunakan pola-pola pertuturan yang simple.
3 ) Bacaan secara kuat dan senyap
dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca.
4 Latihan bertulis hanya didasarkan
kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan
struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks.
5 Pembelajaran tatabahasa hanya
didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa
bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat
secara aktif tidak diutamakan.
6 Biasanya kaedah ini memulakan
pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan
system bunyi bahasa yang dipelajari
dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan rangkaikata simple . Bila ini sudah tercapai
pelajar-pelajar membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan
menjawab soalan.
Kelemahan
1
) Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan
mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca.
2
) Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk
kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis
membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami
apa yang dibaca .
3
) Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks
tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain.ataupun
menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh
membaca tetapi dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.
Kaedah Terus
Kaedah
ini dikenali sebagai kaedah tentera
kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat
dalam perang Dunia Kedua dahulu.
Tujuan
1
) Membolehkan pelajar-pelajar menguasai
keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan
menulis.
2
) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam
masyarakat yang berkenaan.
Teknik Mengajar
1
) Pelajaran bahasa dimulai dengan
menghubungkan pelajar-pelajar it uterus dengan bahasa yang hendak dipelajari.
Kanak-kanak diperkenalkan dengan system bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan
ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung.
2)
Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian,
lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.
3)
Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar
dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang
tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat .
4
) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann
latihan lisan yang dibuat.
Sifat-sifat
1
Pengajaran
bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah
ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif
kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur.
2
Pellajar-pelajar
dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan
langsung.
3
Oleh
kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik.
Jadi kaedah ini merupakan gabungan
linguistic dengan pengajaran bahasa.
Kelemahan-kelemahan
1
) Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak dapat
menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif
yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa
ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa
kedua atau bahasa asing
2
) Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama,
ia mungkin dapat dipraktikkan di
sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar.
3
)Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh
dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin
tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik.
Kaedah Kod
Kognitif
J.
B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan
pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan.
Chomsky berpendapat bahawa bahasa
merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk
linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam
bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah
dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam jangka
masa yang singkat.
Pada
umumnya Diller ( 1971 )
berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap bahasa :
1
) Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan
dengan peraturan-peraturan.
2
Boleh
digunakan untuk berfikir.
3
Peraturan-peraturan
tatabahasa nyata dari segi psikologi.
4
Manusia
mempunyai kecekapan untuk berbahasa.
Di
samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran
bahasa ( khusus bahasa kedua )
·
Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa
dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar.
·
Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama
seperti pembelajaran ilmu pengetahuan .
·
Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur
bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang
bermakna.
·
Setelah pelajar
dapat menguasai struktur
bahasa pada taraf kognitif yang
tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara
automatic.
Langkah-langkah pengajaran dalam
kaedah ini merupakan penerangan bagi murid –murid memahami rumus-rumus
tatabahasa.Ayat –ayat pecahan digunakan
dan huraian unsure-unsur tatabahasa pula
dibuat secara deduktif.
Dalam pengajaran bahasa kedua
perbezaan-perbezaan antara unsure-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur
perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus
bahasa yang diajar . Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran – kan
dan - i bagi
membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif
lokatif. Setelah murid-murid memahami huraian unsure-unsur tatabahasa yang
diajar baharulah mereka diberi latihan peneguhan.
Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar ,
bertutur ,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan
guru tentang konsep-konsep yang diajar.
Hakikat yang dinyatakan di atas memberi
gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau
rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri ini adalah sama dengan
cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur
bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat
berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran
bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan
bahasa daripada kecekapan berbahasa.
Kaedah Oral –Aural ( Dengar –tutur
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan
dialog untuk dihafaz dan diikuti secara
ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.Dialog dianggap
realistic dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistic dengan memberi
perhatian kepada intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi
kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh
digunakan sepenuhnya ,lebih –lebih lagi jika
gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.
Alat
pandang –dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam
situasi yang realistic, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.
Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi.Sistem
tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan
pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi
sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang
diberi itu aalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya.
Setelah
pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis.
Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari ,
dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.
Tujuan
Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )
Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah
untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa ,
iaiitu : mendengar , bertutur,membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi
keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya
dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar
memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Kaedah Komunikatif
1) Kaedah
ini berasaskan teori interaksi .Penganjur
kaedah ini berpegang kepada beberapa
prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa
kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi
bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa
) serta kecekapan komunikatif (
ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan )
2)
Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar
dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap
makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa
kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna
terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna
tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti
penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan
lain-lain supaya mereka dapat berlatih
menggunakan struktur bahasa yang diajar.
3)
Pengajaran
bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa dalam teks
dan wacana .
4)
Pengajaran
bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih
tubi unsure-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur
tatabahasa yang dilatih tubi.
5)
Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan
bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini
berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada
pelajar-pelajar untuk cuba
menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan
sahaja bertujuan untuk membolehkan
pelajar menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk
membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari
dalam berbagai konteks.
6)
Aktiviti
komunikasi merupakan teras kaedah ini,
dalam aktiviti ini ,pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif
dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru.Tiap-tiap tugas yang
dirancangkan ini memerlukan
pellajar-pelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih
dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social yang
diberi.
7)
Beberapa
teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat
menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab
dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur
bahasa dalam praakktiviti.
8)
Kaedah
ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di
sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi
sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran
bahasa dalam satu aktiviti pengajaran.Pengajaran
bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru.Murid yang diajar mellalui kaedah
ini berminat untuk belajar.Walau bagaimanapun , guru yang menggunakan kaedah
ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks
sebagai bahan pengajaran.
Soalan
:
Berdasarkan
kaedah komunikatif bincangkan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dapat dipraktikkan
berpandukan kaedah ini.
Jelaskan
kekuatan kaedah ini berbandingankan dengan kaedah dengar-tutur.
|
TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN
Teknik
adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti
yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia
bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan
segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan.Keberkesanannya bergantung
kepada sejauh mana guru dapat memahamkan
perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan
mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.
Berikut ini diperlihatkan beberapa
teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka.
1 ) TEKNIK BERSOAL JAWAB
Teknik bersoal jawab ialah satu cara
menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru
di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah
dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi
yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang
efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea,
konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan
melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan
pelajar.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan
dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang
digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan
mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang
diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar
atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung
kepada kebolehan guru merancang
soalan-soalan dan mencetuskan secara
spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar.
Soalan:
|
2 ) TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan ialah satu lagi teknik
yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui
teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.
Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu
situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip.
Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang mementingkan
interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.
Main peranan boleh dikehendalikan sama
ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya
bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada
pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya.
Aktiviti
:
|
3 ) TEKNIK MENGHAFAZ DAN
LATIH TUBI
Teknik
menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan
sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang
Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan
mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan
sekali.
Teknik
menghafaz biasanya memerlukan empat
langkah berikut :
( a ) Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar
diminta
Menumpukan perhatian kepada
isi kandungan yang harus diingat.
( b ) Mengulang
bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih
berulang kali sehingga apa
yang dipelajari itu menjadi sebati dan
pelajar tidak teragak-agak untuk
menyebutnya.
( c ) Mengucapkan
bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya
orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan
yang mungkin berlaku.
( d ) Mengingtkan
bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat
terakhir dalam proses
menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan
secara bersendirian
bahan yang telah dipelajari itu supaya ia
menjadi lebih kekal.
Latih
tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping
itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk
pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu
kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat
atau meningat fakta-fakta yang penting.
Seperti teknik-teknik lain, teknik
latih tubi dan menghafaz ini juga
mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasab
berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi
kandunganya memerlukan ikutan dan
ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak
digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang
hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.
Soalan
:
i)
Bandingkan dan bezakan teknik
menghafaz dengan teknik latih tubi
ii
) Beri contoh –contoh aktiviti-aktiiviti latih tubi dalam bilik darjah.
|
4 ) TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH
Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang
dilaksanakan bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus
mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 )
telah mencadangkan lima
langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu :
(
a ) Kenal masalah
Biasanya teknik ini memerlukan
pelajar mengenal dan mengesan masalah
dan
selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam
situasi kelas pelajar boleh mengesan
atau mengenal masalah melalui
perbincangan atau melihat filem.
Kemukakan soalan-soalan yang dapat
dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini
dijalankan, guru perlu mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang
bebas tanpa banyak sekatan .
Subscribe to:
Posts (Atom)